1.1
Latar belakang sekolah
1.1.1
Sejarah sekolah
Sekolah
Kebangsaan Kertau
atau nama ringkasnya SK Kertau, telah wujud sejak tahun 1911 lagi.
Sekolah ini berada di tepian Sungai Pahang dan berperanan besar kepada
pendidikan penduduk kampung sekitarnya sejak dahulu lagi.
Ditubuhkan
pada tahun 1911 dengan nama Sekolah Tanjung Kertau dan diasaskan oleh Encik
Abdul Rahman. Pembinaan asal sekolah ini adalah daripada kulit kayu dan
mempunyai sebuah kelas sahaja. Pada tahun 1926 Sekolah Tanjung Kertau telah
berpindah ke Kertau dan ditukar nama kepada Sekolah Melayu Kertau.
Pada
tahu 1930 sekolah ini dibuat pembinaan semula di mana semua dinding kulit kayu
ditukar kepada dinding batu dan ditambah menjadi 5 buah kelas beserta 5 orang
guru. Pada tahun 1935, Encik Othman bin Arsyad , guru besar ketika itu telah
mewujudkan sebuah kelas dan menjadikan 6 buah kelas. Sekolah ini terletak di
Kampung Nyak. Murid-muridnya pula datang dari perkampungan sekitar seperti Kampung
Nyak, Kampung Sentang, Kampung Sembai, Kampung Teluk dan Kg. Tebing Tembak.
Setelah kemerdekaan
negara, Sekolah Melayu Kertau telah bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Kertau. Sekolah ini terletak di persimpangan
antara Chenor, Felda Purun dan Bera. Kampung Nyak adalah sebuah kampung yang terletak kira-kira 70 km dari
Bandar Maran, 50 KM dari Bandar Temerloh dan 30KM dari Bandar Bera. Kampung ini
merupakan perkampungan tradisional dan terkenal sejak dahulu lagi. Pekerjaan
penduduknya, adalaha pekebun kecil, nelayan sungai dan pencari hasil hutan.
Sungai Pahang menjadi nadi kepada pembangunan kampung ini. Jambatan Chenor yang
siap dibina pada tahun 2006 menjadi penghubung kepada penduduk kampung ke Pekan
Chenor walaupun dulu hanya sampan sahaja pengangkutan mereka.
Pada
tahun 2002, sebuah bangunan empat tingkat telah dibina di tapak rumah guru. Ia
menjadi bangunan yang moden dengan pelbagai kemudahan seperti pejabat, kelas,
makmal sains, bengkel kemahiran hidup, perpustakaan, bilik tanyangan
audio-visual, dan makmal komputer. Pada musim banjir yang kerap melanda sekolah
ini saban tahun, ianya menjadi pusat penempatan banjir, iaitu ditempatkan di
aras 2.
SK Kertau
merupakan sekolah paling hujung di daerah Maran iaitu bersempadanan dengan
daerah Bera. Ia sebuah sekolah kampung yang terletak di tepian Sungai Pahang
yang dulu menjadi nadi pengangkutan masyarakat desa ini. Pada tahun 2006,
barulah perkampungan ini dapat dihubungkan dengan kawasan seberang melalui
Jambatan Chenor iaitu kira-kira 6 kilometer daripada perkampungan ini.
Disebabkan
ianya berada di pinggir Sungai Pahang, menjadikan kawasan ini adalah kawasan
yang mengalami banjir saban tahun. Malah 2014, menjadi pengalaman banjir besar
yang memperlihatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa penduduk perkampungan
ini. SK Kertau sentiasa menjadi nadi rakyat dengan menjadi pusat penempatan
banjir dan satu-satunya tempat selamat bagi penduduk di sini.
Guru
Besar pertama di sekolah ini ialah Encik Abdul Rahman pada tahun 1911. Beliau
mula berkhidmat pada tahun 1911 hingga 1914. Tiada maklumat bilangan guru dan
murid sewaktu pembukaan sekolah ini. Sehingga kini (2017) seramai 26 orang Guru
Besar telah berkhidmat di sekolah ini.
Sekolah
Kebangsaan Kertau kini diterajui oleh saya sendiri selaku seorang Guru Besar
bermula 13 April 2017. Sebagai Guru Besar baru dan sedang mengikuti Kursus
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), merupakan
satu cabaran kepada saya untuk memimpin sekolah ini. Pengalaman sebagai
Penolong PPD, Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran, sejak 2009 hingga April
2017, akan saya gunakan sebaiknya bagi
memimpin sekolah ini.
Jadual 1 di bawah, menunjukkan senarai Guru Besar yang pernah memimpin
SK Kertau sejak tahun 1911 lagi. Usia SK Kertau yang telah menjangkau 106
tahun, menjadikan satu cabaran besar bagi meningkatkan kualiti sekolah ini
setaraf dengan usia sekolah ini.
Jadual 1 : Senarai Guru Besar
yang berkhidmat di SK Kertau
BIL
|
NAMA
|
SEJAK
|
SEHINGGA
|
1
|
ABDUL
RAHMAN
|
1911
|
1914
|
2
|
SALLEH
BIN RANI
|
1915
|
1917
|
3
|
ABDUL
MANAF BIN BENAR
|
1918
|
1921
|
4
|
MD
YATIB BIN HJ KADIR
|
1921
|
1925
|
5
|
MD AMIN
BIN LEWANG
|
1925
|
1934
|
6
|
MD ALI
BIN CHIK
|
1934
|
1935
|
7
|
OTHMAN
BIN ARSHAD
|
1935
|
1945
|
8
|
SALLEH
BIN MAD ZAIN
|
01.01. 1946
|
20.04.1951
|
9
|
HJ
PILUS BIN AD YUSOF
|
21.04. 1951
|
22.10.1954
|
10
|
ISHAK
BIN HJ MD JAMIN
|
30.05. 1955
|
18.01 1960
|
11
|
YAHYA
BIN ABDULLAH
|
02.02.1960
|
10.01.1963
|
12
|
HJ
GHAZALI BIN MUHAMAD
|
10.01.1963
|
21.12,1968
|
13
|
ABDULLAH
HASHIM BIN HJ MUSA
|
01.01.1969
|
05.01.1976
|
14
|
HJ
GHAZALI BIN MUHAMMAD
|
06.01.1976
|
17.09.1980
|
15
|
KAMALUDIN
BIN HJ DIN
|
17.10.1980
|
30.09.1984
|
16
|
MUHD
KASIM BIN MD SAMAN
|
30,09 1984
|
30.09.1987
|
17
|
ABDUL
MUTALIB BIN RASU
|
16.08.1987
|
15.10.1995
|
18
|
ZULKIFLI
BIN KADIR
|
16.10.1995
|
11.02.1999
|
19
|
ISHAK
BIN ISMAIL
|
11.02.1999
|
17.12.2000
|
20
|
SULAIMAN
AZARI BIN A RAZAK
|
18.12.2000
|
31.12.2001
|
21
|
MOHD
YUSOF BIN ABDUL WAHAB
|
16.06.2002
|
15.07.2004
|
22
|
HJ
YUSOF BIN HJ YUNUS
|
16.07.2004
|
30.11.2010
|
23
|
MOHAMAD
ROFA’I BIN MOKHTAR
|
01.12.2010
|
16.04.2015
|
24
|
AZEMI
BIN SAGIR
|
16.04.2015
|
08.08. 2016
|
25
|
NOR HASHIMAH
BINTI OTHMAN
|
08.08.2016
|
14.4.2017
|
26
|
MOHD
JASMI BIN JAAFAR
|
14.4.2017
|
SEKARANG
|
Pentadbiran
SK Kertau dibantu oleh 15 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Guru-guru merupakan
pendidik yang berpengalaman dan juga guru baru. Terdapat 9 orang guru yang
memiliki ijazah sarjana muda, 3 orang yang sedang melanjutkan pengajian di
peringkat ijazah sarjana muda dan
selebihnya mempunyai diploma pendidikan. Jadual 2 di bawah menunjukkan maklumat
berkenaan.
Jadual 2 : Senarai Guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di SK Kertau
BIL
|
PEGAWAI
|
JAWATAN
|
GRED
|
LAMA
BERKHIDMAT
|
1.
|
Mohd
Jasmi bin Jaafar
|
Guru
Besar
|
DG44
|
20
tahun
|
2.
|
Norhayati
binti Abdullah @ Abd Razak
|
GPK1
|
DG44
|
9 tahun
|
3.
|
Mohamad
Hafizie bin Baharum
|
GPK HEM
|
DG41
|
7 tahun
|
4.
|
Anuar
bin Mohmood
|
GPK
Koku
|
DG34
|
21
tahun
|
5.
|
Mohd
Faizal bin Mat Il
|
Guru
Penolong
|
DG41
|
9 tahun
|
6.
|
Mohd
Zaki bin Mohamad @ Mohd Zin
|
Guru
Penolong
|
DG41
|
7 tahun
|
7.
|
Juriah
binti Hamdan
|
Guru Penolong
|
DG44
|
10
tahun
|
8.
|
Harniazizi
bin Mansor
|
Guru Penolong
|
DG41
|
11
tahun
|
9.
|
Zakiah
bt Hasbullah
|
Guru Penolong
|
DG44
|
4 tahun
|
10.
|
Rosniza
bt Jaafar
|
Guru Penolong
|
DG44
|
10
tahun
|
11.
|
Azura
binti Abdollah
|
Guru Penolong
|
DG44
|
11
tahun
|
12.
|
Esah
binti Ahmad
|
Guru Penolong
|
DG34
|
19
tahun
|
13.
|
Haliza
binti Ahmad Nowawi
|
Guru Penolong
|
DG41
|
6 tahun
|
14.
|
Wan
Hasripulami bin Wan Abas
|
Guru Penolong
|
DG41
|
7 tahun
|
15.
|
Engku
Aishatul Ruhi binti Engku Ariff
|
Guru Penolong
|
DG41
|
3 tahun
|
16.
|
Salmirah
binti Safrizal
|
Pembantu
Tadbir
|
N19
|
8 tahun
|
17.
|
Siti
Fatimah Binti Basir
|
Pembantu
Operasi
|
N11
|
18
tahun
|
18.
|
Rusna
binti Abdul Rahman
|
Pembantu
Pengurusan Murid
|
N19
|
11
tahun
|
19.
|
Jalaludin
bin Ahmad
|
Pembantu
Awam
|
H11
|
27
tahun
|
Murid-murid
SK Kertau berjumlah 105 orang daripada pra-sekolah hingga tahun 6 dan merupakan
anak-anak penduduk setempat. Ianya terdiri daripada murid Melayu dan murid
Orang Asli. Daripada jumlah itu, 36 daripadanya adalah murid Asli dan bukan
beragama Islam. Jadual 3 di bawah menunjukkan maklumat murid SK Kertau pada
tahun 2017.
Laman
Blog Sekolah ialah http://skkertaumaran.blogspot.com . Ianya menjadi satu penyebaran maklumat secara
global. Ia dibina sndiri oleh penulis bagi membantu penyebaran maklumat
sekolah. Program, aktiviti dan hala tuju sekolah dapat disebarluaskan secara
maya dan ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah
juga menggunakan pendekatan yang lain
seperti whatsapp dan facebook sebagai hebahan kepada komuniti
sekolah. Jadual 3 menunjukkan profil sekolah berkenaan.
Jadual 3 : Profil SK Kertau,
Maran, Pahang
Nama sekolah
|
Sekolah Kebangsaan Kertau
|
Alamat
|
28100 Chenor,
Pahang Darul Makmur
|
Kod sekolah
|
CBA9041
|
No. Telefon / faks sekolah
|
0139492890
|
Emel sekolah
|
|
Laman Blog/ Web
|
|
Gred Sekolah
|
SKM
|
Jenis Bantuan
|
Sekolah Kerajaan
|
Sesi
|
Pagi
|
Lokasi
|
Luar Bandar
|
Keluasan
|
4 ekar
|
1.1.2
Visi dan misi
SK Kertau komited dalam meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan proses penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan
dan aspirasi negara. Maka, visi dan misi diseleraskan dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Namun begitu
terdapat 2 visi dan Misi, iaitu mengikut KPM dan juga visi misi sekolah sendiri
yang khusus.
a) Visi
sekolah
i. Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara sejahtera
(KPM)
ii. Sekolah Kertau Berprestasi Tinggi Tahun 2020 (SK Kertau)
b) Misi sekolah
i. Melestarikan
system Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara.(KPM)
ii. Mengupayakan
melahirkan warga yang berkualiti dan berinovasi menerusi pengurusan yang efisen
dan efektif berlandaskan keberhasilan dalam pencapaian akademik, kokurikulum,
sahsiah, rohani, intelek dan emosi semua warga SKK. (SK Kertau)
1.1.3
Objektif sekolah
Objektif
sekolah secara umum adalah;
i)
Melonjakkan
kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.
ii)
Membangun kecemerlangan
sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah
lain di luar kelompok.
iii)
Melahirkan pelajar yang
lebih bermotivasi dan cemerlang serta membangun
secara menyeluruh.
Matlamat
bidang lain pula adalah;
a) Kurikulum - Melahirkan Insan Berilmu Dunia Dan Akhirat Yang Boleh Menguasai Kemahiran
Membaca, Menulis, Mengira, Mentafsir
Dan Mengamal (5M)
b) Kokurikulum - Menyertai Semua Aktiviti Di Peringkat Zon Dan Daerah
Dengan Harapan Memperolehi Kejayaan Cemerlang
c) Bina insan - Melahirkan Insan Soleh Yang
Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Di Samping Taat Beribadah Dan Meninggalkan Perkara Mungkar
1.1.5
Falsafah dan nilai
SK Kertau berhasrat untuk memberikan pendidikan
yang terbaik, telus dan tulus bagi membangunkan modal insan secara bersepadu,
seimbang dan harmonis. Usaha ini bertujuan melahirkan generasi alaf baru yang
mempunyai jati diri, dinamik dan bestari serta mampu menyumbang bakti kepada
agama, bangsa dan negara.
Potensi murid akan dkembangkan
sejajar dengan kebolehan dan kesungguhan murid itu sendiri. Hanya insan yang
bertanggung jawab dan berilmu sahaja dapat menabur bakti kepada agama, bangsa
dan negara. Dari ilmu yang telah dipelajari dapatlah digunakan sepenuhnya untuk
kemajuan, kesempurnaan dan kegemilangan negara.
Selain itu,
nilai yang dipegang oleh warga sekolah adalah budaya pengurusan. Aspek-aspek
yang menjadi teras adalah;
1) Mengutamakan kerja berpasukan.
2) Menentukan murid belajar, tiada pengabaian, keciciran
dan prestasi meningkat.
3) Mengamalkan budaya pengiktirafan dalam pengurusan.
4) Mengutamakan hubungan erat dengan komuniti.
5) Pantang menyerah sebelum berjuang.
1.1.7
Piagam Pelanggan
Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan
memastikan:
1.
Menyediakan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu, lengkap dan sempurna kepada
pelajar seperti satu murid satu meja dan kerusi.
2.
Berusaha
sedaya upaya bagi membolehkan para pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
yang mereka duduki sekurang-kurangnya D dalam semua mata pelajaran.
3.
Murid
mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama
persekolahan bermula.
4.
Berusaha
menyediakan peluang bagi pelajar mengembangkan bakat dan potensi mereka sereta
terlibat dalam bidang kokurikulum sekurang-kurangnya satu sukan permainan dan
satu unit uniform.
1.1.6
Lencana sekolah
Gambar 1 : Lencana SK Kertau
Bentuk bulan sabit
Bentuk bulan sabit bermaksud sekolah sebagai asas
gedung ilmu Islam yang berupaya memberikan ilmu kepada individu yang
memerlukannya.
Bentuk gear
Gear bermaksub ilmu kemahiran menjadi asas dan pengetahuan
setiap pelajarnya. Ia juga melambangkan dan hubungan yang strategik untuk
membangunkan potensi setiap warganya..
Obor
Obor melambangkan keunggulan SK Kertau sebagai sebuah
institusi pendidikan yang menyanjung dan menjana ilmu untuk kejayaan dan
kecemerlangan pendidikan.
Bulatan
Bulatan pula bermaksub SK Kertau tidak hanya
mementingkan bidang akademik sahaja malah turut memberikan penekanan pencapaian
dalam bidang sukan kepada pelajarnya. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar
yang cergas dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal.
Konsep warna
Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi
pengajaran ilmu. Ia melambangkan keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.
Warna hijau melambangkan sekolah ini dibangunkan dalam
persekitaran penduduk yang menjadikan pertanian sebagai asas ekonomi untuk
menyara kehidupan.
1.1.7 Moto sekolah
Mara
menuju ke hadapan.
1.1.8
Lagu sekolah
LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN KERTAU
Tersergam Indah Sekolahku
Terbina di daerah Chenor
Di sini kami bersama berusaha
Menjana budaya bangsa
Guru-guru serta ibu bapa
Berikrar bersama bersatu tenaga
Mendidik kea rah maju jaya
Impian kita bersama.
Sekolahku tercinta
Langkah mula perjuangan kita
Murid cemerlang
SK Kertau
|
1.1.9
Struktur organisasi
Berikut adalah Carta Oganisasi , SK Kertau, Maran, Pahang,
seperti Rajah 1.
TIDAK DAPAT DILAMPIRKAN
1.1.10
Lokasi sekolah
SK Kertau berada di Kampung Nyak, Chenor, Pahang. Sekolah
ini berada di laluan Chenor-Bera. Jaraknya 70KM dari Bandar Maran menuju ke Bera..
Rujuk Rajah 2 seperti di bawah.
SK KERTAU
|
Rajah 2: Peta lokasi Sekolah
Kebangsaan Kertau
TIDAK DAPAT DILAMPIRKAN
1.1.11 Kemudahan di sekolah
Rajah
3 : Pelan lakar bangunan Sekolah Kebangsaan Kertau
TIDAK DAPAT DILAMPIRKAN
Sekolah
Kebangsaan Kertau dibina di atas sebidang tanah yang berkeluasan 4 ekar.
Berdasarkan pemerhatian, sekolah ini mempunyai kemudahan fizikal yang lengkap. Rajah
3 memaparkan pelan lakar bangunan SK Kertau. Sekolah ini mempunyai 4 blok
bangunan termasuk 1 blok 4 tingkat baharu yang dibina pada tahun 2002. Blok
bangunan baharu dibina bagi memenuhi keperluan bilik-bilik khas yang tidak
mencukupi. Blok bangunan baru 4 tingkat tersebut menempatkan kemudahan seperti
kelas, pejabat, makmal sains, makmal computer, bilik kemahiran hidup, bilik
kesihatan, surau, perpustakaan, bilik muzik, bilik tayangan dan stor.
Blok kayu 2 tingkat pula menempatkan
kelas prasekolah di tingkat atas dan kantin sekolah pula di bawahnya. Blok
binasama pula mempunyai empat kelas yang kini dijadikan kelas Fardu Ain (KAFA)
pada sebelah petang. Sebuah blok lagi dijadikan dewan dan bilik tetamu iaitu
blok yang berada berhampiran dengan pintu masuk sekolah. Bangunan asal SK
Kertau dulunya adalah di bahagian penjuru padang sekolah. Ia kemudiannya dialih
akibat bangunan berkenaan rosak teruk akibat banjir.
Satu faktor yang sentiasa menjadi
kesan mendalam kepada pembangunan sekolah ini ialah masalah banjir akibat
limpahan air Sungai Pahang yang terletak lebih kurang 200 meter daripada
sekolah. Ini menyebabkan berlaku pelbagai kerosakan setiap tahun. Bangunan
utama 4 tingkat itu sendiri dibina di atas tapak rumah guru yang ranap atau
rosak akibat banjir pada akhir tahun tahun 1990-an. Bangunan 4 tingkat ini juga
akan berfungsi sebagai penempatan banjir bagi penduduk sekitarnya apabila
banjir berlaku. Banjir terbaru adalah pada bulan Februari 2017. Banjir yang
besar melanda kawasan ini adalah pada tahun 2014 dahulu, merosakkan banyak
alatan dan bangunan.
Padang permainan terdiri daripada
padang bola dan gelanggang sepak takraw. Sebuah pondok jaga keselamatan
disediakan bagi memastikan kawalan keselamatan dapat berfungsi dengan baik.
Peranan pegawal keselamatan juga besar kepada sekolah kerana ia memperlihatkan
kecekapan dan hubungan sekolah dengan pelanggan selain peranan keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Komen