Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

VISI & MISI



MISI

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”


VISI


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Melestarikan        Membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal

Sistem                Keteraturan, teratur

Pendidikan          Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan
mendidik

Berkualiti             Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya

Membangun        Usaha atau kegiatan membangun (memajukan atau mengembangkan) murid

Potensi               Kemampuan murid untuk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu;
keupayaan

Individu               Murid

Memenuhi            Mencapai sesuatu yang diperlukan

Aspirasi               Keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita

Aspirasi Negara   Merujuk kepada Aspirasi Negara dalam Pendidikan



5 ASPIRASI SISTEM (Aspirasi = Cita-cita, Hasrat)

1.         Akses: 100% enrolmen (murid yang berdaftar) merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.
2.         Kualiti: Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam  tempoh 15 tahun.
3.         Ekuiti: 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.
4.         Perpaduan: Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
5.         Kecekapan: Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

6 ASPIRASI MURID

1.         Pengetahuan: Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia.
2.         Kemahiran Berfikir: Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru.
3.         Kemahiran Memimpin: Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan informal.
4.         Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Ingggeris, digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
5.         Etika Kerohanian: Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka, dengan berani membuat keputusan yang tepat.
6.         Identiti Nasional: Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosio ekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kertau (SKK) berusaha atau giat membangun (memajukan atau mengembangkan) kemampuan setiap murid untuk mereka mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Kemampuan ini akan dibangunkan oleh SKK dengan pengekalan keteraturan Ilmu didik yang baik kualitinya; tinggi nilainya.



VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Pendidikan          Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik
  
Berkualiti             Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya

Insan                   Manusia (murid)

Terdidik               Mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yang sempurna; terlatih

Negara                Malaysia

Sejahtera             Bebas daripada segala macam kesusahan dll; aman sentosa dan makmur;
selamat

SK Kertau adalah institusi yang memberi ilmu pengetahuan yang baik kualitinya; tinggi nilainya yang akan menghasilkan atau mengeluarkan kumpulan murid yang mendapat asuhan, pengajaran yang sempurna ke arah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan makmur.



 





Tiada ulasan:

Catat Komen