Selamat melayari blog rasmi SK Kertau, Maran, Pahang. Kertau Mara Ke Hadapan.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

1.1       Latar belakang sekolah
1.1.1 Sejarah sekolah
Sekolah Kebangsaan Kertau atau nama ringkasnya SK Kertau, telah wujud sejak tahun 1911 lagi. Sekolah ini berada di tepian Sungai Pahang dan berperanan besar kepada pendidikan penduduk kampung sekitarnya sejak dahulu lagi.

Ditubuhkan pada tahun 1911 dengan nama Sekolah Tanjung Kertau dan diasaskan oleh Encik Abdul Rahman. Pembinaan asal sekolah ini adalah daripada kulit kayu dan mempunyai sebuah kelas sahaja. Pada tahun 1926 Sekolah Tanjung Kertau telah berpindah ke Kertau dan ditukar nama kepada Sekolah Melayu Kertau.

Pada tahu 1930 sekolah ini dibuat pembinaan semula di mana semua dinding kulit kayu ditukar kepada dinding batu dan ditambah menjadi 5 buah kelas beserta 5 orang guru. Pada tahun 1935, Encik Othman bin Arsyad , guru besar ketika itu telah mewujudkan sebuah kelas dan menjadikan 6 buah kelas. Sekolah ini terletak di Kampung Nyak. Murid-muridnya pula datang dari perkampungan sekitar seperti Kampung Nyak, Kampung Sentang, Kampung Sembai, Kampung Teluk dan Kg. Tebing Tembak.

Setelah kemerdekaan negara, Sekolah Melayu Kertau telah bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Kertau. Sekolah ini terletak di persimpangan  antara Chenor, Felda Purun dan Bera.  Kampung Nyak adalah sebuah kampung yang terletak kira-kira 70 km dari Bandar Maran, 50 KM dari Bandar Temerloh dan 30KM dari Bandar Bera. Kampung ini merupakan perkampungan tradisional dan terkenal sejak dahulu lagi. Pekerjaan penduduknya, adalaha pekebun kecil, nelayan sungai dan pencari hasil hutan. Sungai Pahang menjadi nadi kepada pembangunan kampung ini. Jambatan Chenor yang siap dibina pada tahun 2006 menjadi penghubung kepada penduduk kampung ke Pekan Chenor walaupun dulu hanya sampan sahaja pengangkutan mereka. 
Pada tahun 2002, sebuah bangunan empat tingkat telah dibina di tapak rumah guru. Ia menjadi bangunan yang moden dengan pelbagai kemudahan seperti pejabat, kelas, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, perpustakaan, bilik tanyangan audio-visual, dan makmal komputer. Pada musim banjir yang kerap melanda sekolah ini saban tahun, ianya menjadi pusat penempatan banjir, iaitu ditempatkan di aras 2.

SK Kertau merupakan sekolah paling hujung di daerah Maran iaitu bersempadanan dengan daerah Bera. Ia sebuah sekolah kampung yang terletak di tepian Sungai Pahang yang dulu menjadi nadi pengangkutan masyarakat desa ini. Pada tahun 2006, barulah perkampungan ini dapat dihubungkan dengan kawasan seberang melalui Jambatan Chenor iaitu kira-kira 6 kilometer daripada perkampungan ini.

Disebabkan ianya berada di pinggir Sungai Pahang, menjadikan kawasan ini adalah kawasan yang mengalami banjir saban tahun. Malah 2014, menjadi pengalaman banjir besar yang memperlihatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa penduduk perkampungan ini. SK Kertau sentiasa menjadi nadi rakyat dengan menjadi pusat penempatan banjir dan satu-satunya tempat selamat bagi penduduk di sini.

Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Encik Abdul Rahman pada tahun 1911. Beliau mula berkhidmat pada tahun 1911 hingga 1914. Tiada maklumat bilangan guru dan murid sewaktu pembukaan sekolah ini. Sehingga kini (2017) seramai 26 orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini.

Sekolah Kebangsaan Kertau kini diterajui oleh saya sendiri selaku seorang Guru Besar bermula 13 April 2017. Sebagai Guru Besar baru dan sedang mengikuti Kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), merupakan satu cabaran kepada saya untuk memimpin sekolah ini. Pengalaman sebagai Penolong PPD, Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran, sejak 2009 hingga April 2017,  akan saya gunakan sebaiknya bagi memimpin sekolah ini. 

            Jadual 1 di bawah, menunjukkan senarai Guru Besar yang pernah memimpin SK Kertau sejak tahun 1911 lagi. Usia SK Kertau yang telah menjangkau 106 tahun, menjadikan satu cabaran besar bagi meningkatkan kualiti sekolah ini setaraf dengan usia sekolah ini.

Jadual 1 : Senarai Guru Besar yang berkhidmat di SK Kertau
BIL
NAMA
SEJAK
SEHINGGA
1
ABDUL RAHMAN
1911
1914
2
SALLEH BIN RANI
1915
1917
3
ABDUL MANAF BIN BENAR
1918
1921
4
MD YATIB BIN HJ KADIR
1921
1925
5
MD AMIN BIN LEWANG
1925
1934
6
MD ALI BIN CHIK
1934
1935
7
OTHMAN BIN ARSHAD
1935
1945
8
SALLEH BIN MAD ZAIN
01.01. 1946
20.04.1951
9
HJ PILUS BIN AD YUSOF
21.04. 1951
22.10.1954
10
ISHAK BIN HJ MD JAMIN
30.05. 1955
18.01 1960
11
YAHYA BIN ABDULLAH
02.02.1960
10.01.1963
12
HJ GHAZALI BIN MUHAMAD
10.01.1963
21.12,1968
13
ABDULLAH HASHIM BIN HJ MUSA
01.01.1969
05.01.1976
14
HJ GHAZALI BIN MUHAMMAD
06.01.1976
17.09.1980
15
KAMALUDIN BIN HJ DIN
17.10.1980
30.09.1984
16
MUHD KASIM BIN MD SAMAN
30,09 1984
30.09.1987
17
ABDUL MUTALIB BIN RASU
16.08.1987
15.10.1995
18
ZULKIFLI BIN KADIR
16.10.1995
11.02.1999
19
ISHAK BIN ISMAIL
11.02.1999
17.12.2000
20
SULAIMAN AZARI BIN A RAZAK
18.12.2000
31.12.2001
21
MOHD YUSOF BIN ABDUL WAHAB
16.06.2002
15.07.2004
22
HJ YUSOF BIN HJ YUNUS
16.07.2004
30.11.2010
23
MOHAMAD ROFA’I BIN MOKHTAR
01.12.2010
16.04.2015
24
AZEMI BIN SAGIR
16.04.2015
08.08. 2016
25
NOR HASHIMAH BINTI OTHMAN
08.08.2016
14.4.2017
26
MOHD JASMI BIN JAAFAR
14.4.2017
SEKARANG

Pentadbiran SK Kertau dibantu oleh 15 orang guru dan  4 orang staf sokongan. Guru-guru merupakan pendidik yang berpengalaman dan juga guru baru. Terdapat 9 orang guru yang memiliki ijazah sarjana muda, 3 orang yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda  dan selebihnya mempunyai diploma pendidikan. Jadual 2 di bawah menunjukkan maklumat berkenaan.

Jadual 2 : Senarai Guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di SK Kertau
BIL
PEGAWAI
JAWATAN
GRED
LAMA BERKHIDMAT
1.
Mohd Jasmi bin Jaafar
Guru Besar
DG44
20 tahun
2.
Norhayati binti Abdullah @ Abd Razak
GPK1
DG44
9 tahun
3.
Mohamad Hafizie bin Baharum
GPK HEM
DG41
7 tahun
4.
Anuar bin Mohmood
GPK Koku
DG34
21 tahun
5.
Mohd Faizal bin Mat Il
Guru Penolong
DG41
9 tahun
6.
Mohd Zaki bin Mohamad @ Mohd Zin
Guru Penolong
DG41
7 tahun
7.
Juriah binti Hamdan
Guru Penolong
DG44
10 tahun
8.
Harniazizi bin Mansor
Guru Penolong
DG41
11 tahun
9.
Zakiah bt Hasbullah
Guru Penolong
DG44
4 tahun
10.
Rosniza bt Jaafar
Guru Penolong
DG44
10 tahun
11.
Azura binti Abdollah
Guru Penolong
DG44
11 tahun
12.
Esah binti Ahmad
Guru Penolong
DG34
19 tahun
13.
Haliza binti Ahmad Nowawi
Guru Penolong
DG41
6 tahun
14.
Wan Hasripulami bin Wan Abas
Guru Penolong
DG41
7 tahun
15.
Engku Aishatul Ruhi binti Engku Ariff
Guru Penolong
DG41
3 tahun
16.
Salmirah binti Safrizal
Pembantu Tadbir
N19
8 tahun
17.
Siti Fatimah Binti Basir
Pembantu Operasi
N11
18 tahun
18.
Rusna binti Abdul Rahman
Pembantu Pengurusan Murid
N19
11 tahun
19.
Jalaludin bin Ahmad
Pembantu Awam
H11
27 tahun

Murid-murid SK Kertau berjumlah 105 orang daripada pra-sekolah hingga tahun 6 dan merupakan anak-anak penduduk setempat. Ianya terdiri daripada murid Melayu dan murid Orang Asli. Daripada jumlah itu, 36 daripadanya adalah murid Asli dan bukan beragama Islam. Jadual 3 di bawah menunjukkan maklumat murid SK Kertau pada tahun 2017.

Laman Blog Sekolah ialah http://skkertaumaran.blogspot.com . Ianya menjadi satu penyebaran maklumat secara global. Ia dibina sndiri oleh penulis bagi membantu penyebaran maklumat sekolah. Program, aktiviti dan hala tuju sekolah dapat disebarluaskan secara maya dan ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah juga menggunakan pendekatan  yang lain seperti whatsapp dan facebook sebagai hebahan kepada komuniti sekolah. Jadual 3 menunjukkan profil sekolah berkenaan.

Jadual 3 : Profil SK Kertau, Maran, Pahang
Nama sekolah
Sekolah Kebangsaan Kertau
Alamat
28100 Chenor,
Pahang Darul Makmur
Kod sekolah
CBA9041
No. Telefon / faks sekolah
0139492890
Emel sekolah
Laman Blog/ Web
Gred Sekolah
SKM
Jenis Bantuan
Sekolah Kerajaan
Sesi
Pagi
Lokasi
Luar Bandar
Keluasan
4 ekar


1.1.2    Visi dan misi             
SK Kertau komited dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan aspirasi negara. Maka, visi dan misi diseleraskan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Namun begitu terdapat 2 visi dan Misi, iaitu mengikut KPM dan juga visi misi sekolah sendiri yang khusus.                                               
a)         Visi sekolah
i.          Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara sejahtera (KPM)
ii.         Sekolah Kertau Berprestasi Tinggi Tahun 2020 (SK Kertau)

b)         Misi sekolah
i.          Melestarikan system Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.(KPM)
ii.         Mengupayakan melahirkan warga yang berkualiti dan berinovasi menerusi pengurusan yang efisen dan efektif berlandaskan keberhasilan dalam pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah, rohani, intelek dan emosi semua warga SKK. (SK Kertau)



1.1.3    Objektif sekolah
Objektif sekolah secara umum adalah;
i)                    Melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.
ii)                  Membangun kecemerlangan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok.
iii)                Melahirkan pelajar yang lebih bermotivasi dan cemerlang serta membangun  secara menyeluruh.

Matlamat bidang lain pula adalah;                                         
a) Kurikulum - Melahirkan Insan Berilmu Dunia Dan Akhirat Yang Boleh Menguasai Kemahiran Membaca, Menulis, Mengira, Mentafsir Dan Mengamal (5M)
b) Kokurikulum - Menyertai Semua Aktiviti Di Peringkat Zon Dan Daerah Dengan Harapan Memperolehi Kejayaan Cemerlang
c) Bina insan -  Melahirkan Insan Soleh Yang Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Di Samping Taat Beribadah Dan Meninggalkan Perkara Mungkar
                                                           

1.1.5    Falsafah dan nilai                                                                 
SK Kertau berhasrat untuk memberikan pendidikan yang terbaik, telus dan tulus bagi membangunkan modal insan secara bersepadu, seimbang dan harmonis. Usaha ini bertujuan melahirkan generasi alaf baru yang mempunyai jati diri, dinamik dan bestari serta mampu menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Potensi murid akan dkembangkan sejajar dengan kebolehan dan kesungguhan murid itu sendiri. Hanya insan yang bertanggung jawab dan berilmu sahaja dapat menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. Dari ilmu yang telah dipelajari dapatlah digunakan sepenuhnya untuk kemajuan, kesempurnaan dan kegemilangan negara.

Selain itu, nilai yang dipegang oleh warga sekolah adalah budaya pengurusan. Aspek-aspek yang menjadi teras adalah;
1)      Mengutamakan kerja berpasukan.
2)      Menentukan murid belajar, tiada pengabaian, keciciran dan prestasi meningkat.
3)      Mengamalkan budaya pengiktirafan dalam pengurusan.
4)      Mengutamakan hubungan erat dengan komuniti.
5)      Pantang menyerah sebelum berjuang.


1.1.7    Piagam Pelanggan    
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan
memastikan:
1.      Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu, lengkap dan sempurna kepada pelajar seperti satu murid satu meja dan kerusi.
2.      Berusaha sedaya upaya bagi membolehkan para pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang mereka duduki sekurang-kurangnya D dalam semua mata pelajaran.
3.      Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama persekolahan bermula.
4.      Berusaha menyediakan peluang bagi pelajar mengembangkan bakat dan potensi mereka sereta terlibat dalam bidang kokurikulum sekurang-kurangnya satu sukan permainan dan satu unit uniform.












1.1.6    Lencana sekolah
                       


                       

                                    Gambar 1 : Lencana SK Kertau
Bentuk bulan sabit
Bentuk bulan sabit bermaksud sekolah sebagai asas gedung ilmu Islam yang berupaya memberikan ilmu kepada individu yang memerlukannya.

Bentuk gear
Gear bermaksub ilmu kemahiran menjadi asas dan pengetahuan setiap pelajarnya. Ia juga melambangkan dan hubungan yang strategik untuk membangunkan potensi setiap warganya..

Obor
Obor melambangkan keunggulan SK Kertau sebagai sebuah institusi pendidikan yang menyanjung dan menjana ilmu untuk kejayaan dan kecemerlangan pendidikan.

Bulatan
Bulatan pula bermaksub SK Kertau tidak hanya mementingkan bidang akademik sahaja malah turut memberikan penekanan pencapaian dalam bidang sukan kepada pelajarnya. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cergas dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal.

Konsep warna
Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi pengajaran ilmu. Ia melambangkan keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.
Warna hijau melambangkan sekolah ini dibangunkan dalam persekitaran penduduk yang menjadikan pertanian sebagai asas ekonomi untuk menyara kehidupan.

1.1.7    Moto sekolah
Mara menuju ke hadapan.





1.1.8    Lagu sekolah            

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN KERTAU
Tersergam Indah Sekolahku
Terbina di daerah Chenor
Di sini kami bersama berusaha
Menjana budaya  bangsa

Guru-guru serta ibu bapa
Berikrar bersama bersatu tenaga
Mendidik kea rah maju jaya
Impian kita bersama.

Sekolahku tercinta
Langkah mula perjuangan kita
Murid cemerlang
SK Kertau
 



                                                           



















1.1.9    Struktur organisasi
Berikut adalah Carta Oganisasi , SK Kertau, Maran, Pahang, seperti Rajah 1.
TIDAK DAPAT DILAMPIRKAN


                                   
1.1.10 Lokasi sekolah
SK Kertau berada di Kampung Nyak, Chenor, Pahang. Sekolah ini berada di laluan Chenor-Bera. Jaraknya 70KM dari Bandar Maran menuju ke Bera.. Rujuk Rajah 2 seperti di bawah.         

SK KERTAU
Rajah 2: Peta lokasi Sekolah Kebangsaan Kertau                                   
 TIDAK DAPAT DILAMPIRKAN


1.1.11  Kemudahan di sekolah

Rajah 3 : Pelan lakar bangunan Sekolah Kebangsaan Kertau
TIDAK DAPAT DILAMPIRKAN
           
Sekolah Kebangsaan Kertau dibina di atas sebidang tanah yang berkeluasan 4 ekar. Berdasarkan pemerhatian, sekolah ini mempunyai kemudahan fizikal yang lengkap. Rajah 3 memaparkan pelan lakar bangunan SK Kertau. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan termasuk 1 blok 4 tingkat baharu yang dibina pada tahun 2002. Blok bangunan baharu dibina bagi memenuhi keperluan bilik-bilik khas yang tidak mencukupi. Blok bangunan baru 4 tingkat tersebut menempatkan kemudahan seperti kelas, pejabat, makmal sains, makmal computer, bilik kemahiran hidup, bilik kesihatan, surau, perpustakaan, bilik muzik, bilik tayangan dan stor.

            Blok kayu 2 tingkat pula menempatkan kelas prasekolah di tingkat atas dan kantin sekolah pula di bawahnya. Blok binasama pula mempunyai empat kelas yang kini dijadikan kelas Fardu Ain (KAFA) pada sebelah petang. Sebuah blok lagi dijadikan dewan dan bilik tetamu iaitu blok yang berada berhampiran dengan pintu masuk sekolah. Bangunan asal SK Kertau dulunya adalah di bahagian penjuru padang sekolah. Ia kemudiannya dialih akibat bangunan berkenaan rosak teruk akibat banjir.

            Satu faktor yang sentiasa menjadi kesan mendalam kepada pembangunan sekolah ini ialah masalah banjir akibat limpahan air Sungai Pahang yang terletak lebih kurang 200 meter daripada sekolah. Ini menyebabkan berlaku pelbagai kerosakan setiap tahun. Bangunan utama 4 tingkat itu sendiri dibina di atas tapak rumah guru yang ranap atau rosak akibat banjir pada akhir tahun tahun 1990-an. Bangunan 4 tingkat ini juga akan berfungsi sebagai penempatan banjir bagi penduduk sekitarnya apabila banjir berlaku. Banjir terbaru adalah pada bulan Februari 2017. Banjir yang besar melanda kawasan ini adalah pada tahun 2014 dahulu, merosakkan banyak alatan dan bangunan.


            Padang permainan terdiri daripada padang bola dan gelanggang sepak takraw. Sebuah pondok jaga keselamatan disediakan bagi memastikan kawalan keselamatan dapat berfungsi dengan baik. Peranan pegawal keselamatan juga besar kepada sekolah kerana ia memperlihatkan kecekapan dan hubungan sekolah dengan pelanggan selain peranan keselamatan.

Tiada ulasan:

Catat Komen